Saturday, July 7, 2012

Cinta dalam Diam

Bila belum siap melangkah lebih jauh dgn seseorang , cukup cintai ia dalam diam..
Kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya..
Kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..
Kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya..
Kerana mungkin saja orang yg kau cinta adalah juga orang yg telah Allah swt pilihkan untukmu
Kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..
Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata 
hingga cintamu yg diam itu dapat berbicara dlm kehidupan nyata..
Ingatkah kalian tentang kisah Siti Fatimah dan Ali ? Yg keduanya saling memendam apa yg mereka rasakan..tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dlm ikatan suci nan indah.. 





Cinta adalah fitrah yang lahir dari lubuk hati setiap manusia. Setiap manusia memiliki fitrah untuk mencintai dan dicintai, tapi cinta itu hendaklah dibina atas dasar keimanan agar ia tidak akan menjadi fitnah.Perasaan cinta itu tidak salah kerana ia adalah anugerah Allah. Kita hendaklah memeliharanya daripada menjadi fitnah duniawi. Tanpa kita sedari kehadirannya akan membawa wabak yang agak susah untuk dipadam kalau tidak berjaga-jaga dari awal.Cinta itu perlulah disalurkan di tempat yang sepatutnya agar kita tidak dilabelkan zalim yakni meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Cinta itu begitu indah apabila dihayati dengan aturan Islam.




Biarlah hanya diri sendiri dan Allah s.w.t yg tahu tentang perasaan ini.Mungkin 'si dia' sudah memiliki yg lain , hanya mampu berdoa seandainya Kau catatkan dia milikku , satukanlah hatinya dgn hatiku..Engkau dekatkanlah diriku untuknya , lembutkanlah hatinya...



Jika dia memang bukan milikmu, hanya Allah yang mengetahuinya dan melalui waktu akan menghapus ‘cinta dalam diammu’ itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat. Allah mahu cinta yang dianugerahkan ini dijaga dan dikawal dengan sebaiknya. Bukannya untuk dirosakkan dengan hawa nafsu dan menodainya dengan larangan-larangan yang dibenciNya.






Cukup cintai ia dari kejauhan...
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cubaan karena hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan kerana hadirmu mungkin saja akan membawa kesengsaraan hati-hati yang terjaga...


Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan...
kerana tiada yang tahu rencana Tuhan... mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan... serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya...





Wallahu'alam..
Indahnya Cinta Dalam Diam ^^
* sumber-iluvislam

No comments: