Saturday, April 7, 2012

Cinta kerana Agamanya ♥

Assalamualaikum..Apa khabar semua ? semoga semuanya dlm keadaan sihat wal'afiat :) Tgk tajuk pun mcm pelik sikit kan? hihihi (sebenarnya takde tajuk dlm otak ni nk tulis)


 


Semua insan dalam dunia ini pernah merasai perasaan itu.Perasaan yang tidak asing lagi dalam jiwa kita sebagai manusia.Perasaan yang kadangkala hadirnya tanpa kita duga atau kita paksa.Memang sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia untuk merasai perasaan itu.Cuma mungkin bagaimana perasaan itu hadir dalam diri kita berbeza bagi setiap individu.






"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)."
[Ali 'Imran, 3:14]





Dalam diam perasaan itu hadir dihatiku 

Aku sering tertanya-tanya salahkah aku mempunyai perasaan yang bukan aku reka atau cipta,perasaan yang hadirnya tak pernah aku paksa,perasaan yang tak berubah sedikit pun walau banyak dugaan menimpa.Namun dalam aku melangkah menyusuri perasaan itu, aku sering dilanda rasa khuatir. Aku khuatir andainya rasa cinta ini melebihi rasa cintaku pada-Nya.Aku khuatir andai rindu yang aku pendam melebihi rasa rinduku pada-Nya.



Ya Allah jika sudah tertulis di Luh Mahfuz dia milikku , kau dekatkanlah diriku dengan dirinya
tetapi jika disebaliknya , kau jauhkanlah...
Aku sedar, aku insan yang masih rapuh.Kadangkala keadaan sekeliling yang menekanku.Semoga Allah sentiasa memberi ku petunjuk & hidayah-Nya ke jalan yang benar...


"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
(Ar-Ra'd 13:28 )

Setakat ini saja perkongsian ilmu daripada saya untuk semua 
Semoga bermanfaat :)

*di edit dari iluvislam.com*
 ~Sharing is Caring~


1 comment:

miera_ariffin said...

eh pic psangan 2,,yg lelaki muka cm nickhun,so sweet klau dya dpt rhmat cinta Allah :3